aku berada di tempat baru, asing bagi aku
jauh dari kaum keluarga, jauh dari kalangan orang2 yang aku kenal.
jauh dari tempat kebiasaan ku,
betul, tempat ini begitu lain bagi ku, kadang2 terasa terasing di sini,
kadang2 aku merasakan ini lah tempat aku.
aku ingin balik?
tidakk, aku harus kuat, kerana penat jerih yang ibuku lalui untuk menghantar aku di tempat ini,
ibuku tidak berputus asa,
mengapa aku ingin menunjukkan kepada dunia bahawa aku insan yang lemah?
berhenti sebelum mencuba.
tidakk, tempat ini banyak menguji aku, semakin aku berdoa memohon kepada yang esa, agar Dia tabahkan hati ku, semakin banyak ujian yang bertimpa.
aku tidak ingin untuk menyakitkan hati mahupun disakitkan oleh siapa
tujuan aku disini hanya satu,
iaitu aku ingin menuntut ilmu, menara gading telah ku capai,
sekarang aku hnya perlu menggapai langit dan bintang2.
mengapa perlu aku sia2 kan segalanya hnya kerana ujian Allah yang tidak seberapa hebat jikalau dibandingkan dengan mereka di bumi palestin?
aku akan sentiasa ingat pengorbanan ibu ku, segala penat lelah yang telah di lalui.
aku tau, sekiranya ibu kecewa dengan aku, dia tidak akan
sekali2 menunjukkan kekecewaannya kerana begitu besar kasih sayang nya terhadap insan yang bergelar anaknya.
aku akn sentiasa ingat akan ayahku., walaupun tidak sempat melihat anaknya membesar
aku tahu, mesti dia tau akan perkmbangan kami semua,
aku tidak akan menghampakan ayah aku,
ayah, segala janji yang ku ucapkan kepadamu akan aku cuba kota kan.
aku tidak akan sia2 kan ibu, ayah dan keluargaku.
aku datang ini, demi masa depan ku,
demi menggenggam segulung ijazah yang akan ku hadiahkan kepada ibuku,
aku tidak akan berputus asa,
jauh sekali berpaling balik, aku harusmelangkah ke depan,
demi masa depan yang cerah. segala yang akan aku lalui,
aku akan lalui nya dengan hati yang penuh kerelaan dan kegigihan hati
ibu dan ayah menjadi contoh yang terbaik
No comments:
Post a Comment